haaaaaa ,Qaza' tu ape ?korg nmpak kepala org kat atas tu ,pastu kat rambut dia ada corak corak ape ntah tuu ,tu laa Qaza' yg boleh juga dikata mencukur sebahagian rambut .

Telah dikatakan bahawa Qaza' ini Haram ,kenapa ia Haram ,baca nie :)

Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a, sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w pernah melihat seorang kanak-kanak yang telah dicukur sebahagian rambutnya dan sebahagian yang lain dibiarkannya. Lalu baginda melarang mereka dari berbuat sedemikian sambil bersabda:
"Cukurlah semuanya atau biarkanlah semuanya." (Hadis riwayat Abu Daud).

Kesimpulan Hadis:

1- Larangan dari mencukur sebahagian rambut dan meninggalkan sebahagian yang lain. Larangan di sini ialah larangan yang sangat dibenci manakala hikmat dari larangan ini ialah kerana dia cuba mengubah ciptaan Allah s.w.t.

2- Harus mencukur rambut keseluruhannya dan harus juga membiarkannya kesemuanya dengan syarat kebersihannya hendaklah dijaga dan tidak menyerupai kaum perempuan.
 haaa ,ini yg saya dapat :) .Harap kawan kawan yg buat rambut gaya nie ,botak botak kan laa kepala tu k ,hahahaahaha .kalau ada kawan buat rambut camnie pun tegur tegur laaa dia ,dapat laa pahala tu kan daripada korang tak tegur .

nie satu gambar yg saya terjumpa di Facebook FanPage adukapanjialam .




haaa smart kan ?da tahu kan ,harap diambil berat laa kerana bnda nie melibatkan ISLAM iaitu agama kita .

p/s : Cer buat rambut kemas kemas skit ,baru nmpk hensem .hahahah

Copyright © .abangBOBOK. Template Design by RzaaL 1306