Post kali nie adalah cara nk hilangkan insomnia ,sebelum tu kita kena tahu dulu apa itu insomnia ,
Insomnia adalah kesukaran utk tidur atau dengan kata lainnya SUSAH NAK TIDOQ :) .
Selalunya penyakit ini disebabkan gangguan didalam tido atau mekanisme tido .Biasanya ianya kerana tidak sihat ,tidur tak ikut waktunya ,slalu lepak smpai malam ,dan majoriti sebab banyak minum minuman berkafein seperti kopi ,nescafe dan slalu lelaki ada iaitu ROKOK .






haa kali ni saya nk share cara cara untuk mnghilangkan insomnia tanpa menggunakan ubat ubatan .toksah laa beli ubat mahal kat kedai tu :)





  • BERSUKAN .terdapat kajian yang mengatakan yang bersukan boleh hilangkan insomnia ,Tapi macam mana ? Bersukan laa selalu iaitu kerapkan pada waktu pagi dan jgn sebelum tidur ,haaa ,sebelum tidur nie maksudnya ,toksah laa melepak mana ,berjalan ke ,naik fixie malam ke dan sebagainya yg boleh dikategorikan melepak .Dengan bersukan ,kesihatan menjadi optimal sehinggakan tubuh dapat melawan stress yang muncul .
  • MAKAN DAN MINUM .tolong lah kalau boleh hindarkan makan dan minum sebelum tidur ,tapi kbyakan org cakap sebelum tidur jee mesti lapar atau haus ,Kena tahu sebab makan laa membuatkan kita sukar utk tidur sbb perut tak selesa dan minum akan menyebabkan kita sering buang air kecil dan serta merta menganggu kenyenyakan tidur kita .
  • TIDUR DALAM KEADAAN LENA .Maksud tidur dalam keadaan lena adalah ketika hendak tidur tu ,matikan lampu ,tutup semua bnda yang boleh kacau tidur kita ,contoh paling kerap yg ada pada kita ialah Handphone .Tidur dalam suasana yg nyaman ,suhu yg bagus ,jgn terlalu panas dan jgn terlalu sejuk .dan lagi satu jam loceng tu jangan letak bertentangan dgn tmpat kita tidur ,sbb mesti kita akan cemas yang kita akan bangun lambat esok harinya .
  • MAKANAN RINGAN .Kalau boleh makan dan minum yang sedikit karbohidratnya sebelum tidur ,atau susu hangat .baru tidur selesa .
  • BERHENTI .Stop semua TV ,BUKU ,FACEBOOK dan sebagainya sejam sebelum hendak tidur .l
  • RELAX .Tenangkan diri ,jgn fikir stress kerja atau sekolah pagi or ptg tadi .Baru sedap nk tidur .
  • IKUT MASA .Tidur ikut masa .Kalau boleh yg suka tidur petang tu ,jgn terlalu lama .amik laa sejam dua je .jgn lama sgt sbb ia akan ganggu tidur kita pada waktu malam .








Haaa ,ini laa yang dapat saya sharekan tentang cara nk hilangkan insomnia ,Ingat laa ,tidur yang tak cukup kan mmbuatkan kita kurang sihat (Mak Saya kata laa) .lagipun insomnia nie bukan berjangkit pun dan mesti senang nk hindarkan kalau kita ikut caranya ,kalau tak boleh gak jumpa doktor ,da teruk agaknya ,
kalau doktor takleh tolong gak ,taktau laa nk cakap camne .hahahaha

Copyright © .abangBOBOK. Template Design by RzaaL 1306